Harga Terus Naik Mencanak, Emas Berpotensi Cecah RM300 Segram

Ramai yang dilihat begitu gembira dengan peningkatan harga emas yang melebihi 60 peratus dalam tempoh dua tahun sejak Julai 2018 hingga Julai 2020 dan dijangka terus naik sehingga akhir tahun ini.

Bahkan, Pengurus Besar Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, meramal harga emas pukal atau harga spot emas dijangka mencecah AS$2,000 seaun atau lebih RM300 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Harga emas pukal lebih RM260 segram

Dilaporkan, permintaan runcit untuk membeli barangan kemas atau emas perhiasan juga meningkat susulan lebihan tunai pengguna yang meraih manfaat daripada moratorium bayaran balik pinjaman yang diberi kerajaan susulan kesan penularan COVID-19.

Beliau berkata, baru-baru ini harga emas pukal berada pada paras lebih RM260 segram dan ia adalah paras tertinggi pernah dicatatkan sejak 2011.

“Di Malaysia juga, emas antara sektor kukuh. Harga harga barangan kemas meningkat dengan ketara dan tidak mustahil ia juga akan mencecah RM300 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang.” Jelas beliau.

Emas mampu memberikan pulangan serta jaminan

Tambahnya lagi, dalam situasi sukar yang tidak pernah dihadapi ketika ini, pelaburan emas mampu memberikan pulangan serta jaminan berbanding pelaburan konvensional yang lain. Pelaburan emas belum menjadi pilihan utama dikalangan rakyat negara ini, berdasarkan data, emas tidak pernah mencatatkan penurunan yang ketara.

Katanya, walaupun emas mencatatkan penurunan, ia akan kembali meningkat dalam tempoh yang singkat, berbanding pelaburan dan pasaran lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Berita Harian (Laporan Penuh)

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Harga Terus Naik Mencanak, Emas Berpotensi Cecah RM300 Segram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*