Pasangan Kembar Terima Hidayah, Rasa Hilang Beban Selepas Pelvk Islam

Jarang sekali mendengar kisah adik-beradik yang mengambil keputusan memeluk Islam, tetapi tidak bagi pasangan kembar perempuan ini apabila memilih untuk bergelar ‘saudara baru’.

Kisah mereka dikongsi penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang berkongsi detik pengislaman tersebut dengan memuat naik dua keping gambar di Facebook miliknya.

Menurut Firdaus, Mary Jane Lorenzo selesai mengucapkan dua kalimah syahadah di sebuah pusat dakwah di Setapak selepas adiknya Mary Ann Lorenzo melakukan perkara sama pada Jumaat lalu.

Ketika ditanya tentang perasaannya selepas memeluk Islam, wanita berbangsa Filipina itu mengakui gembira dan lega selain berasa hilang semua bebanan yang ditanggung.

Posting berkenaan menerima komen warganet yang turut meluahkan rasa syukur serta berharap pasangan kembar itu terus beristiqamah di jalanNya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Pasangan Kembar Terima Hidayah, Rasa Hilang Beban Selepas Pelvk Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*