Sugu Pavithra Bakal Buat Kemunculan Semula

POH – Peminat YouTuber sensasi Sugu Pavithra boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

M Sugu, 29, berkata, beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui telah mem4dam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (did4kwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di sini hari ini.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas d4kwaan memiliki senj4ta berb4haya dan menyebabkan keceder4an ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada Selasa lepas, namun Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.

Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.

Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan memadam semua video.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabvk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Selasa petang.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara svspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan tersebut pada 8 Mei lalu yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.

Empat hari selepas itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadiahi pasangan suami isteri berkenaan satu unit tripod dan beberapa barangan lain. – Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Sinar Harian / Facebook Sugu Pavithra

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sugu Pavithra Bakal Buat Kemunculan Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*