Dibebaskan Atau Didapati Bersalah? Nasib Najib Bakal Diketahui Pagi Ini

Nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas pertudvhan pec4h amanah, akan diketahui pada pagi ini.

Seawal pukul 6.30 pagi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes membabitkan Najib.

Hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka menyampaikan keputusan pada 10 pagi.

Najib, 67, menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ketujuh-tujuh pertuduhan itu adalah – tiga pertuduhan pecah amanah jen4yah (CBT), tiga pertvduhan pengubahan wang har4m dan satu pertudvhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC.

SRC International adalah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 9.26 pagi tadi.

Sementara itu, Kompleks mahkamah di bawah pengawasan polis yang ketat iaitu pasukan Light Strike Force (LSF) dan unit K9 dikerah di pintu pagar utama.

Para wartawan dari media tempatan dan antarabangsa yang berkumpul seawal 6 pagi di pintu masuk utama hanya dibenar masuk ke kompleks mahkamah pada 8.45 pagi.

Sepuluh wartawan, seorang dari setiap pertubuhan media, diberi pas untuk membuat liputan dalam mahkamah manakala 40 wartawan lain diberi pas untuk mengikuti prosiding melalui pautan video di bilik lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dibebaskan Atau Didapati Bersalah? Nasib Najib Bakal Diketahui Pagi Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*