Sharnaaz Ahmad Tak Sokong Tindakan Bekas Kekasih Alya Iman

Masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi Alya Iman dan bekas kekasihnya, ahli perniagaan Mahathir Mohd. Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz Ahmad di Instagram usahawan itu turut menjadi perhatian.

Memberikan kata-kata semangat buat rakannya itu, Sharnaaz mengatakan netizen salah faham dengan komennya itu. Ujarnya, sebagai seorang kawan dia akan berada di sisi untuk memberi sokongan terutamanya ketika dalam kesusahan.

“Netizen tak faham dengan ayat ‘stay sharp’ yang saya cakap tu. Bila dah buat salah, kita kena hadap. Macam mana pun dia masih kawan saya.

“Takkan kita nak biar kawan kita. Kawan jenis apa macam tu? Masa dia senang kita ada dengan dia, masa dia susah kita buat apa? Lari ke sembunyikan diri?

“Itu bukan saya walaupun ada orang pernah buat saya macam tu. Ibu bapa saya tak pernah ajar macam tu. Kalau netizen nak kec4m saya pun dah 12 tahun saya kena. Tak rasa apa, dah biasa sangat. Yang penting kita mendoakan orang dan kita pun buat benda sama,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Sharnaaz menegaskan dia tidak berkawan dengan seseorang itu berdasarkan harta kekayaan. Jika dia berniat untuk berbuat demikian, sudah pasti dia sudah memiliki kekayaan.

“Saya kawan dengan semua orang. Kalau saya ambil kesempatan dah kaya raya sekarang ni. Saya orang biasa. Mat1 pun guna kain kapan, tak ada kain beropol-ropol,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sharnaaz Ahmad Tak Sokong Tindakan Bekas Kekasih Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*