“Suami saya bukannya perlu duduk atas kerusi roda!” – Miera Leyana Bahagia Kahwini Lelaki Berusia, Anggap Paling Sempurna

PELAKON Miera Leyana selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Rosland Othman di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Miera, 27, dan Rosland, 40-an, dinikahkan oleh bapa Miera iaitu Datuk Seri Kasmi Arsat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat kira-kira pukul 8.45 malam.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya ini menerima mas kahwin sebanyak RM100 beserta lima berbalas tujuh dulang hantaran.

Bercerita tentang perbezaan usia yang agak jauh, Miera berkata Rosland disifatkan sebagai lelaki yang sempurna untuknya malah menerima ketentuan jodoh tanpa mengira usia.

Miera Leyana menerima mas kahwin sebanyak RM100.

“Saya sukakan lelaki lebih matang sebab saya pun mula berlakon pada usia 15 tahun. Jadi saya dah terbiasa bergaul dengan orang yang lebih berusia.

“Kalau bercinta dengan lelaki yang lebih kurang sebaya dengan saya, rasa tak sesuai dengan karakter saya.

“Suami saya bukannya perlu duduk atas kerusi roda, dia sempurna untuk saya. Bagi saya tak jauh sangat pun beza umur kami. Jodoh tu rahsia Tuhan. Age is just a number,” ujarnya.

Dalam pada itu Miera berkata dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan cinta mahupun majlis pernikahannya daripada pengetahuan umum namun menghormati permintaan suami dan ahli keluarganya yang mahukan privasi.

Dulu saya bercinta tak jadi… saya tak nak mengulangi kesilapan yang sama.

MIERA LEYANA

PELAKON

Pelakon filem Lebuhraya Ke Ner4ka ini berkata dia turut belajar daripada kesilapan lalu apabila sering berkongsi secara terbuka hubungan cinta yang akhirnya putus di pertengahan jalan.

Miera turut berkata dia mahu memastikan hubungannya bersama Rosland mempunyai ikatan yang sah sebelum berkongsi dengan peminatnya.

“Rosland seorang yang sangat mementingkan privasi. Jadi saya perlu hormat permintaan dia dan ahli keluarganya. Dia cuma tak nak ada apa-apa isu yang tidak sedap didengar.

“Macam saya, saya pernah bercinta dan tunjukkannya kepada orang ramai. Lepas tu apabila tak jadi, ia bukan saja beri kesan kepada saya, tapi juga keluarga.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis pernikahan Miera dan Rosland.

“Dulu saya bercinta tak jadi… saya tak nak mengulangi kesilapan yang sama… saya banyak belajar daripada situ.

“Bukan saya nak rahsiakan perkara ini daripada semua orang terutamanya peminat, saya cuma nak pastikan perkara ini betul-betul sah, baru saya kongsi dengan semua,” kata Miera.

Di samping itu, Rosland turut berkongsi saat pertama bertemu Miera pada tahun 2016 sebelum melamarnya pada Mei lalu.

Usahawan itu turut menyifatkan perbezaan umur membuatkan mereka berkawan rapat dan sering berkongsi cerita dan pengalaman kerjaya masing-masing.

Majlis pernikahan Miera diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

“Kami bertemu empat tahun lepas di satu majlis pelancaran… saya bersama kawan-kawan dan Miera bersama rakannya.

“Kami berbual dan berkongsi cerita masing-masing. Kerjaya saya memerlukan saya untuk banyak berfikir dan saya juga selalu sibuk.

“Jadi, apabila sering berjumpa dengan Miera dan dia bercerita tentang kerjaya dia dalam industri seni, tentang watak-watak yang dibawa dalam drama dan filem yang dilakonkan, ia buat saya ketawa. Ia lain daripada apa yang saya selalu hadapi.

“Dia juga seorang pendengar yang baik dan selalu sokong dalam apa jua yang saya lakukan. Jadi apabila dah lama berkawan… kami pun dah selesa, baru saya beranikan diri untuk melamarnya,” kata Rosland.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Suami saya bukannya perlu duduk atas kerusi roda!” – Miera Leyana Bahagia Kahwini Lelaki Berusia, Anggap Paling Sempurna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*