“Tapi Dia Tetap Tutup Aur4t..” – Sering Kena ‘B0dy Shaming’, Pakaian Beby Tora Bersenam Tarik Perhatian

Personaliti media sosial Beby Tora kini sedang giat berusaha untuk kurus dan sihat dengan melakukan senaman di gimnasium.

Menerusi laman sosial Instagram, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi sebuah video latihan senaman terbabit untuk tatapan umum.

Tora yang cukup dikenali menerusi video ulasan makanan turut mencuri perhatian apabila mengenakan pakaian yang menutup aur4t sewaktu bersenam.

 

View this post on Instagram

 

🙂🙂

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on


Menerusi perkongsian video berdurasi kurang 20 saat itu juga, Tora gigih melakukan senaman intensif menggunakan tayar serta beberapa lagi alatan di gimnasium tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat kepada Tora untuk mencapai impian kurusnya.

“Walaupun dia bersenam tapi dia masih menutup aur4t dengan betul,” sokong seorang wargamaya.

“Dulu badan saya macam awak Tora. Pengh1naan orang jadi pembak4r semangat saya. Alhamdulillah dulu saya pakai XXL sekarang dah muat saiz M,” kongsi seorang wargamaya.

“Pada saya tak salah kalau nak tunjuk apa pun sebab hak kita. Kalau tak suka jangan tengok,” kata seorang wargamaya.

“Selamat berjaya Tora! Kita pun gemvk gak main tayar cepat kurus. Nak lagi cepat, main skipping,” komen seorang wargamaya.

“Jangan perkecil kemampuan diri. Sayangi diri awak, you can do this,” tulis seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Tora sering menerima kec4man dan ‘b0dy shaming’ daripada pengikutnya kerana membuat ulasan makanan dengan gel0joh dan memualkan.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Tora dan suaminya, Apit Johari telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Tapi Dia Tetap Tutup Aur4t..” – Sering Kena ‘B0dy Shaming’, Pakaian Beby Tora Bersenam Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*