[VIDEO] Reaksi Dramatik Remaja Ini Selepas Keropok Dihabiskan Bikin Berdekah

Siapa yang tidak sakit hati apabila makanan yang kita beli atau sediakan untuk diri sendiri dimakan oeh orang lain, lebih-lebih lagi jika makanan tersebut adalah makanan kegemaran kita.

Namun itulah yang dilalui oleh seorang gadis ini apabila snek yang telah ditunggu-tunggu untuk dimakan dihabiskan oleh keluarganya ketika dia sedang tidur.

Memuatnaik reaksinya di Instagram, remaja tersebut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat untuk makan keropok yang dibelinya.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah reaksinya yang terlamp4u dramatik. Dalam video tersebut dia meluahkan bahawa dia sangat gembira selepas membeli keropok itu bersama roti dari sebuah kedai.

Selepas bangun dari melelapkan mata sebentar, keropok dan roti yang tidak sabar untuk dimakan telah dihabiskan oleh keluarganya, sambil dia menterbalikkan plastik keropok itu untuk menunjukkan ia telah kosong.

Lebih melucukan, remaja itu kelihatan begitu sebak sehingga perlu menarik nafas untuk meneruskan luahannya, di samping menangis teresak-esak.

Dia juga berkata sebak sahaja ibunya bangun dari tidur dia akan kerjakan mereka semua kerana menghabiskan keropoknya.

Walaupun ramai yang geli hati melihat reaksi gadis itu, ada juga yang merasai kesedihan dan kesakitan apabila makanan sendiri dimakan oleh orang lain.

“Aku pun macam ni dengan makanan…”

“Serbuk pun tak tinggal…”

“Sangat menyedihkan…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Reaksi Dramatik Remaja Ini Selepas Keropok Dihabiskan Bikin Berdekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*