Nelydia Senrose Mohon Doakan Dikurniakan Anak

Sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, Nelydia Senrose memberitahu dia dan suaminya, Mohd Hafez reda apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sering diajukan soalan mengenai cahaya mata, bagaimanapun Nelydia berkata dia tidak tertekan kerana usia perkahwinan masih terlalu awal. Ujarnya, mungkin belum masanya lagi dan rezeki zur1at adalah ketentuan daripada Allah.

“Kalau ada rezeki memang saya ingin saya menimang cahaya mata. Cumanya, buat masa sekarang mungkin belum masa yang sesuai. Saya akur dan reda.

“Saya mohon doa daripada orang ramai namun hal berkaitan rezeki, aj4l mavt dan pertemuan semua adalah ketentuan Ilahi,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia berkata seandainya diberikan rezeki untuk ham1l, dia akan berkongsi berita gembira itu kepada peminat. Namun, dia tidak akan kongsikan apabila kandvngan betul-betul sudah kuat.

“Normal kalau sudah kahwin orang tanya pasal anak dan bagi saya, itu bukan sesuatu yang sensitif pun.

“Pun begitu, kalau saya betul hamil nanti saya tidak akan umum terlalu awal kepada umum. Kandvngan sudah ‘kuat’, Insya-Allah saya berkongsi semua orang termasuk peminat,” ujarnya.

Nelydia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd. Hafez Halimi dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 6 April tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Nelydia Senrose Mohon Doakan Dikurniakan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*