“Keluarga dah jumpa cuma belum ada tarikh” – Bercinta Lapan Tahun, Azira Shafinaz Letak Harapan Kahwin Tahun Depan

Setiap pasangan yang sudah beberapa tahun bercinta sudah pasti mahukan hubungan tersebut dibawa ke fasa perkahwinan.

Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz, 29, yang meletakkan harapan untuk mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Yaseer Khan dalam masa terdekat.

Ahli kumpulan DeFam ini mengakui biarpun kedua-dua belah keluarga sudah bertemu namun mereka masih belum menetapkan tarikh untuk majlis bahagia itu.


Azira dan kekasihnya Yasser sudah mengenali satu sama lain selama lapan tahun.

“Bagi saya, tidak pernah nak pertikaikan dia tak nak kahwin dengan saya ke tidak. Saya hanya follow the flow saja. Kalau dah sampai masa, itu la dia.

“Saya pun tak tahu nak beri kepastian macam mana sebab saya pun selalu cakap tahun hadapan.

“Saya memang berharap sebab saya dengan dia pun dah bercinta lapan tahun dan saya percaya pada jodoh.

Saya pun tak tahu nak beri kepastian macam mana sebab saya pun selalu cakap tahun hadapan

AZIRA SHAFINAZ

PELAKON, PENYANYI & PENGACARA

“Kami tidak ada perbincangan lagi tapi ada la perjumpaan antara kedua-dua belah keluarga. Tapi kami belum ada lagi tarikh yang tepat,” kata Azira.

Azira ditemui ketika sidang media pelancaran saluran Awesome TV yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada Januari tahun lalu, Azira mendedahkan hubungan cintanya sudah berakhir.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 6 September tahun lalu, Azira mengakui dia dan kekasihnya sudah berbaik semula.


Azira ceburi bidang pengacaraan.

Dalam pada itu, Azira bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan menerusi program terbitan saluran Awesome TV.

“Sebenarnya itu satu peluang yang saya mahukan. Kalau orang tanya, dari dulu lagi saya memang akan cakap yang saya ini pelakon, penyanyi dan pengacara.

“Sebab karier saya pun bermula dengan satu rancangan. Jadi, saya rasa bila dapat peluang ini saya nak cuba semua sekali.

“Tengok mana yang saya selesa dan buat masa sekarang Alhamdulillah, saya selesa buat tiga-tiga bidang itu dan mana yang boleh ambil (tawaran) saya akan ambil,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Keluarga dah jumpa cuma belum ada tarikh” – Bercinta Lapan Tahun, Azira Shafinaz Letak Harapan Kahwin Tahun Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*