Bergelar wakil rakyat bukanlah satu jawatan yang mudah. Kadang kala, dapat kita lihat mereka ini seakan kurang rehat dan terpaksa berkejaran kesana-sini demi memastikan nasib masyarakat yang mengundi mereka terbela.
Rupa-rupanya…
Tolak tepi isu politik dan bayaran yang diterima oleh mereka, wakil rakyat ini kadang kala turut mencuri tumpuan warganet apabila dalam kekalutan mereka, masih sempat lagi melakukan mesyuarat dengan pemakaian yang agak formal.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh staf ahli parlimen Muar di Twitter, dia telah mendedahkan hakikat sebenar pemakaian bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengadakan forum atas talian.
Expectation Reality pic.twitter.com/lLlQEVsGcW
— Hafriz Iqbal (@hafriziqbal) July 29, 2020
Sebenarnya pakai seluar pendek je
Perkongsian yang dibuat oleh Hafriz Iqbal ini telah mendedahkan bahawa Syed Saddiq yang kemas siap mengenakan kot dan tanda nama ketika sidang forum sebenarnya hanya memakai seluar pendek separas lutut serta berkasut sukan di restoran makanan segera.
Hal ini disebabkan mereka dalam perjalanan pulang menuju ke Kuala Lumpur dari Muar setelah selesai mendaki Bukit Mor pada petang itu.
Staf buat hal
Muat naik tersebut telah pun mendapat lebih daripada 3 ribu perkongsian semula dan 8 ribu tanda suka di laman Twitter. Rata-rata warganet juga sempat berseloroh dengan menyatakan kepada Hafriz yang dia terlamp4u berani ‘membahan’ bosnya.
Mereka juga terhibur dengan perkongsian santai itu dan turut mengakui perkara sama andai melakukan perbincangan atas talian di rumah.
Ingat student je buat macam ni hahaaha
Berani bahan boss sendiri
Nak4l staf macam ni
Pakai blazer weyyh
Siap nametag tu hahaha
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis
Sumber: Hafriz Iqbal
PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "“Siap nametag..” – Staf Buat Hal ‘Kant0ikan’ Pakaian Syed Saddiq Semasa Berforum"