Tak Perlukan Lelaki, Fatin Afeefa Tak Minat Nak Kahwin

Berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini, pelakon kontroversi Fatin Afeefa berkata dia tidak berminat untuk berkahwin buat masa ini kerana baginya perkahwinan memerlukan peng0rbanan.

Meskipun perlu memikul tanggungjawab berat sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, namun Fatin berkata dia gembira dengan kehidupannya itu kerana dapat memberi perhatian pada anak dan kerjaya.

“Buat masa ini, saya tak berminat mahu mendirikan rumah tangga. Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga. Sekiranya berkahwin semula, saya kena fikir soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi, buat masa ini, saya gembira hidup sendiri.

“Ramai peminat menyuruh saya berkahwin, tetapi saya tak akan berkahwin untuk memvaskan hati orang. Jika bahagia tidak mengapa. Kalau merana, saya juga yang tanggung nanti. Jadi, tak perlulah saya mengikut kehendak sesiapa,” katanya kepada.

Kehidupannya kini sudah lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, Fatin enggan menambahkan sakit kepala dikurniakan zur1at sekiranya berkahwin.

Bagaimanapun, Fatin berkata dia mungkan akan memikirkan semula hal kahwin apabila usia mencecah usia 35 tahun. Jelasnya lagi, dia tidak perlukan insan bernama lelaki dalam hidup dan tanpa lelaki dia tetap boleh hidup mewah.

“Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak cakap. Saya tak tidak perlukan lelaki dalam hidup. Walau tanpa kehadiran lelaki sekali pun, saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri.

“Jangan dekati saya kerana tak suka orang mendekati. Jika ada yang mengatakan saya ‘high maintenance’, saya tidak suruh pun orang jaga saya.

“Saya hidup mewah sebab saya bekerja. Saya mempunyai beberapa kontrak jangka masa panjang, jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlukan lelaki tanggung saya,” katanya.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Juvana, Adam Shahz pada 2013, sebelum berpisah kira-kira empat tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tak Perlukan Lelaki, Fatin Afeefa Tak Minat Nak Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*