Penampilan pelakon berbakat besar, Que Haidar dalam telefilem Pencipta Pegang Waktu sempena hari raya Aidiladha membuatkan penonton ‘melekat’ di depan kaca televisyen malam tadi.
Pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar itu memegang watak sebagai Zakree (Zee) iaitu seorang pemuda kampung yang ‘lembut’ dan pandai menjahit.
Zee berusaha sedaya upaya bagi membuktikan kepada abangnya (Khir Rahman) mengenai kejujuran dimana dia tidak membelakangkan agama, apatah lagi mempunyai bapa (Jalil Hamid) seorang bilal di kampung.
Tinjauan di laman Twitter mendapati ramai penonton berkongsi pelbagai reaksi dimana rata-ratanya memuji lakonan mantap aktor berusia 41 tahun itu selain karya yang bernilai diterbitkan oleh pihak produksi.
Tepuk tangan sebelum ‘ending’
Pelakon yang layak digelar pelakon
Banyak pengajaran
Menusuk ke dalam jiwa
Dah lama tak muncul.. kau memang mantap bro!
Tahniah kepada semua pelakon!
Puas hati tengok! Cerita tak ‘cliche’
Sarat dengan pengajaran
Telefilem arahan pengarah Zainorhisyam Samudin itu turut dilakonan oleh Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Azman Hassan dan Haidin Nasir.
Tonton cerita penuh :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis
Sumber : Que Haidar , Twitter , TV3
PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Bawa Watak Lelaki ‘Lembut’, Lakonan Que Haidar Runtun Jiwa Penonton"