“Makanan Tinggalkan Di Tempat Kasut, Tak Masuk Jenguk Anak Isteri”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai finalis Imam Muda Syed Mohd Faris yang dihimpit kontr0versi rumah tangga apabila mencera1kan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.

Hidayu mendedahkan dia dan Syed Faris sudah pun bercera1 tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Menerusi satu laporan, Hidayu berkata sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah.

Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya. Lebih menyedihkan, ketika PKP dia dan anak beranak hampir terputus bekalan makanan namun bekas suaminya itu tidak pulang ke rumah.

Katanya lagi, adakalanya Imam Muda tersebut hanya meninggalkan makanan untuk anak-anak di luar rumah dan tidak masuk untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya.

“Masa PKP memang dia tak balik rumah, kalau dia balik pun suka hati dia nak balik. Hantar makanan pun kadang-kadang dia hantar dekat saya, dia letak dekat dalam kotak kasut dekat luar.

“Jiran rumah saya nampak, dia cakap dekat saya suami hantar makanan. Saya bawa masuk dalam anak saya makan, menangis saya tengok. Dia ada kunci rumah, dia boleh masuk dan hantar.

“Tapi kenapa sampai tak boleh nak tengok. Tak boleh nak tengok dah ke muka kami?,” katanya.

Hidayu berkata lagi, ketika bulan puasa pun bekas suaminya itu pulang ke rumah sesuka hati. Ujarnya, dan Syed Faris mengatakan kepada isteri barunya itu boleh melayannya dengan lebih baik lagi.

“Bulan puasa pun sama, balik ikut suka dia. Dia kata perempuan tu boleh layan dia macam raja. Ya Allah, sedihnya saya masa tu, 13 tahun saya kahwin. Bila suami kita cakap macam tu kita rasa macam dah tak ada apa dah untuk kita,” katanya.

Sebelum ini, Hidayu mendedahkan Syed Faris memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Makanan Tinggalkan Di Tempat Kasut, Tak Masuk Jenguk Anak Isteri”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*