Dr Noor Hisham Dedah Pernah Berhasrat Untuk Menjadi Mufti

Sebut sahaja nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham pasti satu Malaysia mengenali figura hebat ini. Malah, sebelum ini setiap petang kita menantikan kelibatnya di kaca TV untuk perkembangan terkini COVID-19.

Personaliti yang bersahaja ditambah dengan kredibilitinya memimpin pasukan barisan hadapan negara membuatkan ramai kagum dan yakin dengan kemampuannya dalam mengekang penularan Covid-19.

Meskipun sibuk untuk untuk melawan penularan wabak COVID-19 di negara kita, baru-baru ini beliau sempat ditemubual New Straits Times dan berkongsikan kisah hidupnya yang tidak diketahui ramai.

Dr Noor Hisham mendedahkan bidang perubatan bukanlah pilihan utamanya. Dr Noor Hisham berkata dia pernah bercita-cita untuk menjadi mufti ataupun pegawai agama sewaktu berumur 14 tahun.

Namun atas nasihat ketua jabatan pengajian agama sewaktu di di Kolej Islam Sultan Alam Shah dia menukar pilihan sebelum jatuh hati kepada bidang perubatan.

“Saya ingin menjadi seorang pegawai agama atau mufti, Ya saya serius. Saya meminati pengajian agama tetapi tetapi pada satu hari ketua jabatan pengajian agama memanggil saya dan meminta saya membaca berkaitan perubatan.

“Katanya sudah ramai yang memepelajari agama tetapi masih belum ramai yang mempelajari bidang perubatan,” katanya.

Menerusi temubual itu, Dr Noor Hisham turut bercerita mengenai kehidupannya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal selepas ibu angkatnya berpisah ketika beliau berusia 11 tahun.

“Kami terpaksa berdiri sendiri (bersama ibu angkat) dan saya belajar untuk berdikari dan bebas sejak daripada kecil,” kongsinya.

Bercerita mengenai keluarganya, Dr Noor Hisham berkata dia dibesarkan sebuah keluarga Cina Muslim dari Sungai Pelek dan hanya mengetahui statusnya sebagai anak angkat ketika berumur 46 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Gulapop

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham Dedah Pernah Berhasrat Untuk Menjadi Mufti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*