Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu video TikTok yang memaparkan 4 generasi dalam satu video yang dibuat seorang gadis bersempena Aidiladha yang lalu.
Semua lawa2
Video TikTok milik Arfah Ain ini menunjukkan 4 generasi keluarganya melibatkan moyang, nenek, ibu dan dirinya sendiri. Apa yang menarik perhatian ada wajah ibunya yang awet muda dan kelihatan seperti adik-beradik dengannya.
Menyingkap di sebalik video tersebut, ibu kepada Arfah Ain Erzam ini memaklumkan menerusi Mstar bahawa dia merupakan ibu kandung kepada Arfah dan seorang lagi anak berusia 13 tahun.
Kahwin di usia 18 tahun
Mira Akfini Mohd Azlan, 35 memberitahu bahawa dia berkahwin pada usia 18 tahun dan anaknya telah memujuk dia dan ibu serta nenek untuk sama-sama merakamkan video TikTok ketika Aidiladha tempoh hari.
“Video TokTok dibuat atas pujukan anak. Saya layankan saha bersama nenek dan moyang dia.”
“Tapi sebelum rakaman tu, anak saya ada ajar step menari terlebih dahulu. Saya bukan kaki TikTok pun.”
Mak dia lawa!
Video yang dibuat oleh Arfah itu telah menerima pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka terkejvt melihat anak-beranak ini yang seakan kembar dan langsung tindak seperti ibu dan anak.
Ada juga yang bersetuju, perkahwinan di usia muda boleh membuatkan kita terlihat awet muda kerana anak membesar ketika kita masih lagi di usia belia dan akan kelihatan sebaya dengan anak-anak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis
Sumber: Mstar
PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "TikTok 4 Generasi, Ibu Awet Muda Disangka Adik-Beradik Kembar Dengan Anak"