‘Bulat’ Sama-Sama, Kurus Sama-Sama, Transformasi Hebat Pasangan Sebelum Bertunang

Sama cantik sama padan, pasangan merpati dua sejoli raih perhatian apabila mereka melakukan transformasi daripada ‘berisi’ kepada kurus sebelum bertunang.

Menjawab kepada pertanyaan orang ramai, gadis ini memaklumkan dia dan tunang mengambil masa dua tahun untuk mengurangkan berat badan.

Selepas 9 tahun bercinta

Selepas 9 tahun bercinta, pasangan ini akhirnya mengikat tali pertunangan beberapa hari lalu. Apa yang menariknya, mereka kelihatan sangat berseri-seri dan lebih slim jika dibandingkan dengan gambar sebelum.

2 tahun tak makan nasi

Walau bagaimanapun, perjalanan mereka tidak mudah apabila tunang tidak mengambil nasi selama dua tahun. Hanya sebulan sekali sahaja.

Gadis ini pula mengamalkan minum air yang banyak dan makan sekali sehari dalam kuantiti biasa. Dia berjaya kurang 37kg.

Bersenam, makan dalam kuantiti sedikit

Selain itu, tunang bersenam setiap hujung minggu seperti bermain futsal dan badminton. Gadis ini turut meninggalkan kata-kata semangat buat mereka yang nekad untuk kurus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Pikaa Iskandar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Bulat’ Sama-Sama, Kurus Sama-Sama, Transformasi Hebat Pasangan Sebelum Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*