Lelaki Imbas Kembali Saat Pangku Anak Masih Kecil Di Kvbur Isteri Undang Sebak

Kehilangan orang tersayang ketika kita sangat memerlukan mereka bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima oleh setiap orang.

Lebih-lebih jika insan yang menjadi pendamping dan juga ibu kepada anak yang baharu sahaja dilahirkan telah pulang ke negeri abadi bertemu PenciptaNya.

Bawa anak ke makam isteri

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia yang dikenali sebagai Mouldie Satria apabila memuat naik gambar memangku anaknya di hadapan kuburan isteri yang sudah meninggal dunia dan anak tersebut kini sudah besar.

Semoga tabah & kuat membesarkan anak2

Susulan daripada perkongsian gambar tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di posting tersebut dengan menzahirkan rasa sedih melihat situasi itu.

Mereka juga mendoakan agar lelaki itu terus tabah menempuhi dugaan kehilangan insan tersayang dan terus kuat dalam membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran isteri.

Bukan niat nak buat follower sedih

Dalam perkongsian tersebut juga, Mouldie telah menitipkan permohonan maaf kepada para pengikutnya di Twitter yang terkesan dengan gambar yang dimuat naik.

Dia tidak berniat untuk membuat orang lain sedih dan sekadar berkongsi kenangan berkenaan kehidupannya sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Mouldine Satria

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Lelaki Imbas Kembali Saat Pangku Anak Masih Kecil Di Kvbur Isteri Undang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*