“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga…” – Aprena Manrose

Sejak membintangi beberapa drama di kaca televisyen, bakat pelakon jelita Aprena Manrose semakin mendapat perhatian umum. Biarpun begitu, dia dan juga kakaknya, Oktovia Manrose turut dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air kerana masing-masing turut bergelar pelakon diminati peminat drama tempatan.

Walau bagaimanapun, seperti diketahui juga bahawa dua beradik selebriti itu merupakan sepupu kepada tiga beradik pelakon popular ini iaitu Nelydia Senrose, Uqasha dan Raysha Rizrose.

Meskipun kesemuanya melibatkan diri dalam industri yang sama namun itu tidak menghalang untuk mereka terus rapat.

 

View this post on Instagram

 

Bagai isi dengan kuku 💟

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on


Malah, kelima-limanya sering menjadi perhatian peminat namun terbaharu pula kemesraan Aprena Manrose bersama Nelydia Senrose mencuri tumpuan warganet.

Ini kerana, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita terbabit mengambil peluang bagi memberikan ucapan khusus kepada Nelydia sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26. Kelihatan Aprena cukup mengagumi sikap Nelydia dan berkongsikan hal itu dilaman sosial Instagram peribadinya.

“Happy belated birthday blove! Nelydia Senrose. Memang sengaja nak jadi last person who wish your birthday on social media!

“Semoga Allah makbulkan segala permintaan b dan berjaya dunia akhirat. Baby sebijik muka arwah mama, lagi2 bila gambar yang first tu (sebak pulak rasa).

“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga dan rajin cari duit. Keep it that way b, You’re so inspiring! Hopefully sama-sama mengandung suatu hari nanti! Amin.”

memberikan ucapan istimewa buat sepupunya itu, dalam pada masa yang sama, foto-foto dikongsikan Aprena Manrose turut menjadi perhatian warganet sehingga meraih ribuan tanda suka.

Sekali gus membuatkan warganet memuji sikap ‘sweet’ kedua-dua selebriti jelita ini disamping kecantikan mereka juga dipuji.

Foto jadi perhatian umum

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga…” – Aprena Manrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*