Kucing Kacau Masa Nak Solat, Dah Letak Luar Pun Dia Masih Melompat Masuk Balik

Bagi seekor kucing, waktu main boleh jadi pada bila-bila masa sahaja. Keletah mereka yang lincah ini kadangkala buat si pemilik naik geram tetapi tidak sampai hati pula nak mar4h. Begitulah yang dirasakan oleh pengguna Tiktok Indonesia bernama Ozy ini.

Nak solat Subuh tapi kaki asyik diterk4m oleh ‘si bulus’

Ketika pemuda ini hendak menunaikan solat Subuh, kucingnya yang berbulu kelabu itu tidak semena-mena menerkam kaki. Bagaikan tidak bagi peluang kepada pemuda itu untuk memijak sejadah, ‘si bulus’ berkenaan terus menerk4m kaki Ozy. Apabila lelaki terbabit ingin mengalihkannya, haiwan tersebut bertindak meng1git dan mencak4r pula.

Tak nak beralih langsung, masih sempat melompat masuk bilik balik

Ozy kemudiannya membungkus kucing berkenaan dengan sejadah dan membawa ‘si manja’ itu keluar. Setelah mengibas segala bulu yang terlekat di sejadah berkenaan, pemuda terbabit masuk semula ke biliknya. Akan tetapi, haiwan terbabit melompat dengan pantas masuk ke bilik Ozy sebelum sempat dia menutup pintu.

Memang relatable betul, mungkin dia lapar nak bebola ayam 2 biji

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan keletah haiwan berkenaan. Tak kurang juga apabila mereka memahami situasi yang dilalui pemuda berkenaan kerana ‘si manja’ mereka turut berkelakuan nakal seperti itu. Secara keseluruhannya, video berdurasi 1 minit itu mendapat lebih 400 ribu tontonan setakat ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: TikTok ozyadriansyahh

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kucing Kacau Masa Nak Solat, Dah Letak Luar Pun Dia Masih Melompat Masuk Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*