Ibu ‘Non Muslim’ Hadiahkan Tanah Buat 2 Anaknya Yang Pelvk Islam Untuk Bina Surau

Perbezaan agama bukan penghalang buat keluarga ini untuk saling hormat-menghormati, malah mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Seorang ibu, Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah berdekatan rumahnya di Kampung Gorowot, Kuala Penyu, Sabah kepada dua anak lelakinya yang telah memelvk Islam.

Tindakan murni itu dibuat supaya anak-anaknya dapat mengusahakan tanah tersebut bagi membangunkan sebuah surau sekali gus penduduk setempat dapat melakukan amal ibadat.

Kisah keluarga berkenaan dikongsi pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Samin Ongki di laman Facebook dengan memuat naik tiga keping gambar.

“Kasih ibu tiada tandingan. Perbezaan agama tidak menghalang seorang ibu Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah dekat rumahnya…
“…untuk dijadikan tapak surau Saad Abi Waqas yang diusahakan dua orang anak lelakinya yang telah memelvk Islam,” tulisnya.

Tambah Samin, suami Juslian iaitu Chong Kun Wah tidak ‘menent4ng’ hasrat tersebut sebaliknya turut membantu membersihkan dan meratakan tapak surau tersebut.

“Chong Kun Wah ced3ra, pat4h kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini. Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan,” ujarnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur selain mendoakan mereka semua diberkati serta dipermudahkan urusan dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Samin Ongki

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ibu ‘Non Muslim’ Hadiahkan Tanah Buat 2 Anaknya Yang Pelvk Islam Untuk Bina Surau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*