Balik Tabir Iklan Thailand Ini Buat Ramai Kagum, “Hargailah Budak Prop”

Sesuatu iklan yang dihasilkan memerlukan idea, usaha dan kreativiti berpasukan. Dari luahan dan perbincangan idea maka terhasillah iklan yang ditayangkan untuk menyebarkan sesuatu jenama atau pun memujuk pada pengguna untuk membeli jenama tersebut.

Iklan dari negara seberang seperti Thailand cukup dikenali dengan gaya kreatif luar biasanya. Tahap kreatif mereka ini kadang-kadang pada awalnya penonton sendiri tidak dapat agak apakah produk yang diiklankan. Cukup luar biasa idea mereka!

Malah baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsikan satu video di balik tabir iklan Thailand yang membuatkan ramai kagum. Menerusi video tersebut kelihatan watak seorang wanita yang cukup sibuk dengan rutin hariannya.

Iklan tersebut hanya dirakamkan dalam studio yang luas serta berlatarbelakangkan skrin berwarna biru dan prop yang minima. Namun hasilnya cukup mengagumkan!

Berikut adalah video di balik tabir iklan Thailand yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

Video tersebut telah meraih lebih 857 ribu tontonan. Malah perkongsian ini juga turut meraih lebih 37 ribu retweets serta 63 ribu likes.

Rata-rata warganet cukup kagum selepas melihat video tersebut dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Baru tau rupanya latar belakang menggunakan skrin biru. Latar belakangnya bertukar-tukar nampak macam betul”

“Thailand memang bagus. Kalau buat iklan mesti dengan sepenuhnya”

“Hooo begitu rupanya buat iklan. Bagus..Ideanya luar biasa”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Balik Tabir Iklan Thailand Ini Buat Ramai Kagum, “Hargailah Budak Prop”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*