Fasha Sandha Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan buat pelakon Fasha Sandha yang telah selamat melahirkan bayi perempuan hari ini pada hari Jumaat bersamaan dengan 7 Ogos 2020.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya, pelakon Aidil Aziz menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi perkongsian itu, Aidil meluahkan rasa syukur bayi mereka dan Fasha dalam keadaan sihat.


Aidil turut menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mareka. Malah, Aidil berkata dia mengambil cuti sebulan untuk menjaga isterinya berpantang. Dalam entri itu, Aidil berkongsikan sebahagian wajah anak perempuannya yang dipanggil ‘Baby A’.

Dalam pada itu, Aidil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan buat kesejahteraan isteri dan anaknya serta berharap Allah dapat membalas dengan kebaikan kepada semua.

Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas kegugvran sebanyak dua kali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Fasha Sandha Selamat Melahirkan Bayi Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*