Jangan Seronok Sangat Nikah Di Siam, Lelaki Dedah Derit4 Menanti Wanita

Sejak kebalakangan ini banyak kes perceraian melibatkan perkahwinan kedua secara rahsia tanpa pengetahuan isteri. Malah, ramai yang memilih untuk bernikah di Thailand tanpa perlu melalui prosedur yang melec3hkan.

Tidak kurang juga ada yang membuat keputusan untuk bernikah di Siam kerana tidak mendapat restu daripada keluarga. Dek kerana mahu mengambil jalan pintas, namun ramai yang tidak tahu risik0 menanti para wanita.

Baru-baru ini seorang lelaki yang pernah bertugas di mahkamah syariah berkongsikan pengalamannya dimana kebanyakan isteri yang bernikah di Thailand sering dian1aya. Lebih par4h apabila pernikahan tersebut tidak didaftarkan dibawah undang-undang Malaysia

Ujar Faisal Rahim, apabila tiada sijil nikah akan menyukarkan proses pendafraran anak-anak dan pengabaian hak boleh berlaku.

Bukan sahaja isteri teranaiya, malah anak-anak juga dikira sebagai anak tidak sah taraf meskipun perkahwinan ibu bapanya sah.

Jika berlaku kematian suami, isteri tiada hak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. Malah, tidak boleh mengeluarkan segala duit simpanan dan KWSP milik suami.

Lebih menakvtkan, suami boleh meninggalkan isteri yang dinikahinya di Thailand bila-bila masa sahaja tanpa rasa takut memandangkan pernikahan mereka tidak didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Faisal juga turut menasihati kaum wanita agar berfikir panjang terlebih dahulu jika lelaki mengajak untuk bernikah di Siam. Ujarnya, jika terpaksa berkahwin juga segeralah mendaftar perkahwinan di pejabat agama.

Jelasnya lagi, mereka hanya akan did3nda sebanyak RM3,000 (di Selangor) kerana nikah di luar kawasan.

Katanya lagi, jika lelaki tersebut benar-benar ikhlas cintakan seseorang wanita itu pasti dia akan berani ntuk mendaftarkan perkahwinan.

Kongsinya lagi, banyak kes terjadi wanita berkahwin di Thailand dian1aya oleh keluar suami dan isteri lain. Malah, ada yang hidup sebagai suami isteri bertahun lamanya namun tidak mendapat hak apa-apa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

SUMBER: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jangan Seronok Sangat Nikah Di Siam, Lelaki Dedah Derit4 Menanti Wanita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*