Kes C0VID-19 India Melebihi 2 Juta! Catat 41,585 Kemati4n

Kes COVID-19 di India melepasi angka dua juta pada Jumaat, mencecah 2,027,074,  lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Sebanyak 62,538 kes baharu dikesan di negara ini dalam 24 jam terakhir. Sejumlah 886 orang meningg4l dunia sejak Khamis, dengan jumlah k0rban kepada 41,585, menurut data kementerian.

607,384 kes aktif

Menurut data tersebut, 1,378,105 pesakit berjaya dirawat dan dikeluarkan dari hospital. Namun, masih terdapat 607,384 kes aktif di pelbagai hospital di seluruh negara.

Jumaat adalah hari kelapan berturut-turut apabila lebih 50,000 kes baharu didaftarkan di negara ini. Peningkatan mendad4k ini terutama disebabkan oleh fokus pemerintah untuk meningkatkan pengujian sampel.

Berdasarkan data Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), sejumlah 22,788,393 sampel telah diuji hingga 6 Ogos, dengan 639,042 sampel diuji pada Khamis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kes C0VID-19 India Melebihi 2 Juta! Catat 41,585 Kemati4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*