‘Biarlah Sayang Tengok Muka Abang…’ – Aj4l Jemput Lepas 10 Hari Nikah, Suami Syukur Dapat Urus Jen4zah Isteri

Kehilangan insan tersayang merupakan satu perasaan sedih yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan yang dialami oleh individu ini iaitu Nurhan Ayub selepas kehilangan isteri tercinta yang terlibat dalam kemal4ngan jalan raya. Lebih mervntun hati apabila mengetahui pasangan ini baru sahaja bernikah pada 27 Julai lalu.

‘Alhamdulillah dapat mandikan…’

Alhamdulillah dapat memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat, membaca talkin sbg penghormatan terakhir suami kepada isteri. Aku berasa cukup puas hati diberikan peluang ni. Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa-jasa dan doa-doa kalian. Aku berdoa agar Allah mempermudahkan urusan dan merahmati kita semua.

Ujian Allah adalah indicator sayang kepada hambaNya. Dua kali aku dit1mpa sebegini, sehingga aku rasa aku makin kuat. Pertama kali, arwah adik meningg4l dunia dan ketika tu aku di melaka, sehari sebelum adik meningg4l dunia barang peribadi, laptop dan berkaitan final year projek telah dir0mpak pec4h masuk rumah. Kali kedua baru sahaja sampai dan berada di terengganu telah mendapat khabar isteri meningg4l dunia walhal baru beberapa ketika isteri wsp.

‘Abang, sayang bahagia sangat’

Alhamdulillah. Sebelum tu mari kita ingat, bahawa mat1 tu benar. Setiap yg bernyawa pasti mat1. Allah menciptakan hidup dan mati utk melihat apa amalan terbaik. Diciptakan manusia dan j1n supaya beribadah tunduk kpdNya. Selesai mengurus jen4zah isteri semalam. Pagi ni datang menziarahi sekali lagi. Aku berasa puas hati kerana diberi peluang untuk memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat jen4zah dan membaca talkin. Seperti biasa juga yg aku lakukan dgn keluarga terdekat.

Aku cuba sentiasa ingat perkataan-perkataannya seperti “abang, sayang bahagia sangat”, “bestnya bila sudah bernikah ni”, “tidak mahu lepas tangan abang”, “biarlah orang tengok kita pegang tangan, diorang nampak juga tu inai sayang”, “(tengok wajah ku sambil sebut ya Allah suami ku (berkali-kali))”, “biarlah sayang tengok muka abang, last suda sayang tengok ni”, “sayang betul-betul cintakan abang”, “bersyukurnya ada suda imam ku (solat berjemaah dlm bilik) dll setiap hari gembira. Dia bersyukur dapat suami boleh tolong dia basuh pinggan, baju, memasak dll. Sebenarnya aku membantu sekadar mampu, bukan memanjakannya. Sbb sudah terbiasa dididik oleh ibubapa ku sendiri.

Suami luah rasa syukur

Aku bersyukur kerana diberi peluang bersamanya. Ya tepat pilihanku untuk jadikan dia isteri ku. Terima kasih kepada ibu mentua dan bapa mentua, kakak-kakak ipar dll kerana mendidik dia dengan baik. Walau kami berbeza kampus dahulu, sebenarnya kami dalam fikrah yang sama. Kami ditarbiyyah oleh PAS. Dengan tarbiyyah ni, menjadikan aku dan dia untuk menjadi lebih bertanggungjawab.

Dayana Damsah, 4/9/1993 – 5/8/2020. Terima kasih kerana setia menunggu. Sehingga hujung ny4wa mencintaiku. In shaa Allah akan ku balas. Semoga Allah memasukkan ke dalam syurga, dan dapat bertemu arw4h bapa (Ayub Jalaidi) dan arwah adik bongsu (Ashiraf Ayub).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Nurhan Ayub

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Biarlah Sayang Tengok Muka Abang…’ – Aj4l Jemput Lepas 10 Hari Nikah, Suami Syukur Dapat Urus Jen4zah Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*