Dr Rohaizat ‘Dipanggil Semula’ Untuk Bantu KKM Kawal Penularan C0vid-19

Selepas beberapa bulan bersara wajib daripada perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon telah kembali semula ke KKM.

Beliau telah ‘dipanggil semula’ secara kontrak bagi membantu pihak KKM dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia susulan peningkatan semula kes sejak kebelakangan ini.

Dipanggil kembali

Menerusi Twitter rasmi KKM, kehadiran panglima perang ini telah disambut dengan tangan terbuka dan berharap agar beliau dapat memperkasakan lagi barisan hadapan dalam menangani pendemik C0vid-19.

Semoga terus dirahmati Allah

Sehubungan dengan itu, pihak KKM telah mengucapkan selamat bertugas kembali buat beliau dan terus berkhidmat serta menabur bakti buat rakyat Malaysia.

Kembalinya beliau ke pangkuan KKM telah membuatkan Twitter KKM dihujani dengan ucapan-ucapan positif daripada warganet yang rata-rata mengucapkan selamat kembali dan berterima kasih kerana mengorbankan persaraannya demi bakti kepada Malaysia.

Selamat kembali panglima!

Terima kasih Dr.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: KKM

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dr Rohaizat ‘Dipanggil Semula’ Untuk Bantu KKM Kawal Penularan C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*