Sempat Video Call Dengan Tunang Tunjuk Kawasan Keb4karan Sebelum Mavt Dalam Letvpan Beirut

Seperti yang kita umum tahu, kejadian letvpan yang berlaku di Beirut telah mengorbankan banyak ny4wa termasuklah seorang paramedik yang dikenali dengan nama Sahar Fares. Lebih menyedihkan apabila mengetahui wanita ini tidak sempat mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun tahun hadapan.

Luahan sedih tunang

Our wedding was supposed to be on 6/6/2021. You were preparing our new home, choosing the furniture you like, getting ready for our new life together. But you left me too early. Your wedding is no longer on 6/6/2021, but it will be tomorrow my dear. Everything that you wanted at the wedding will be there except I won’t get to see you in your white dress. You have broken my back my love, and burnt the heart of my heart. There is no more taste to life after you.

Gilbert Karaan menerusi akaun Instagramnya ada meluahkan rasa sebak atas pemergian tunang tercinta. Mereka telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 6 Jun 2021 akan datang. Bukan itu sahaja, Sahar juga telah melakukan persiapan seperti mencari rumah untuk didiami selepas kahwin ,mencari perabot dan sebagainya. Tetapi siapa sangka, dalam sekelip mata sahaja dia sudah pergi buat selama-lamanya.

Tak sempat selamatkan diri

Menceritakan kembali kejadian yang men1mpa Sahar, Karaan memaklumkan kepada The New York Times, sebelum berlakunya ins1den ngeri itu, Sahar ada menghubunginya untuk menunjukkan keadaan pelabuhan Beirut yang terbak4r itu. Pada ketika itu, tiada sebarang khidmat perubatan yang diperlukan maka Sahar duduk di dalam trak bomba sambil memerhati rakan-rakannya yang sedang berusaha memad4mkan ap1 tersebut.

Ketika keadaan api semakin marak, Sahar telah keluar dari traknya bertujuan untuk menunjukkan kepada Karaan kemar4kan ap1 tersebut yang seakan bunga ap1. Dia juga sempat memberitahu Karaan bahawa terdapat bunyi yang agak pelik datangnya dari letupan berkenaan dimana dia dan pasukan tidak pernah mengalaminya. Karaan telah meminta Sahar untuk berlindung. Sahar kemudian cuba menyelamatkan diri tetapi sayangnya sudah terlambat. Gambar terakhir yang dilihat oleh Karaan adalah kasut tunangnya berada di kaki lima ketika dia sedang menyelamatkan diri sebelum meletvp.

Majlis ‘perkahwinan’

Ekoran daripada kejadian yang men1mpa paramedik berusia 27 tahun itu, tunang Sahar bersama keluarganya telah mengadakan satu majlis ‘perkahwinan’ yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Dalam majlis yang penuh hiba itu turut kelihatan sebuah band perkahwinan zaffe dimainkan untuknya sementara seruling mengalunkan nada gembira.

Gendang dimainkan ketika keluarga dan rakan melemparkan beras dan kelopak bunga. Tunangnya, Gilbert Karaan, duduk di atas bahu saudaranya dengan keadaan yang sebak sambil mengucapkan selamat tinggal dan memberi ciuman terakhir buat Sahar Fares.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Gilbert KaraanThe New York Times

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sempat Video Call Dengan Tunang Tunjuk Kawasan Keb4karan Sebelum Mavt Dalam Letvpan Beirut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*