Jual Susu Nilofa, Gadis Bertemu Jodoh Dengan ‘Customer’ Sendiri

Jodoh pertemuan itu adalah rahsia daripada Maha Pencipta. Siapa tahu, pasangan yang bakal menjadi teman sehidup semati kita berada berhampiran dengan kita namun masih belum ditemui pada masa yang tepat.

Tak siapa tahu tentang jodoh

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Siti Hamima apabila bertemu jodoh dengan pelanggannya sendiri yang membeli susu Nilofa daripadanya sebelum ini.

Bertemu suami ketika jual susu

Siti Hamima yang menjadi agen jualan kepada susu keluaran selebriti popular, Neelofa telah bertemu dengan pasangannya semasa menghantar pesanan Shakir Azman dan dari situ mereka berkenalan.

Layak terima hadiah perkahwinan yang best!

Momen sweet itu turut dikongsikan sendiri oleh Neelofa dan mengucapkan tahniah diatas perkahwinan pasangan tersebut. Menurut selebriti itu lagi, mereka patut menerima hadiah perkahwinan kerana cerita pertemuan mereka sangat menarik.

Ternyata susu Nilofa telah berjaya menyatukan dua hati dari sekadar penjual dan pembeli menjadi pasangan suami isteri. Tahniah!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Siti HamimaNeelofa

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jual Susu Nilofa, Gadis Bertemu Jodoh Dengan ‘Customer’ Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*