Anggota Kabinet Lubnan Letak Jawatan Atas Des4kan Rakyat Selepas Letvpan Beirut

Presiden Lubnan Michel Aoun pada Isnin menerima peletakan jawatan kerajaan yang memerintah dan melantik Perdana Menteri Hassan Diab sebagai ketua kerajaan sementara, lapor agensi berita Anadolu.

Langkah tersebut berlaku di tengah-tengah kemarahan orang ramai mengenai letvpan d4syat minggu lalu di ibu kota Beirut.

Ketua Pengarah Pejabat Presiden Antoine Choucair dalam satu sidang media berkata Aoun mengucapkan terima kasih kepada Diab dan barisan menteri dan “meminta mereka untuk terus menjalankan tugas sehingga kerajaan baharu dibentuk.”

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Hamad Hassan memberitahu wartawan  bahawa semua anggota Kabinet Lubnan menghantar  surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri untuk disampaikan kepada Presiden.

Terdahulu hari yang sama, Menteri Kehakiman Marie-Claude Najm dan Menteri Kewangan Ghazi Wazni mengundurkan diri. Menteri Penerangan Manal Abdel-Samad dan Menteri Alam Sekitar Damianos Kattar meletakkan jawatan pada Ahad.

Enam anggota parlimen turut mengundurkan diri daripada 128 anggota parlimen dalam protes terhadap letvpan d4syat yang telah mengorbankan 163 mangsa dan 6,000 yang lain ced3ra. Dianggarkan kira-kira 300,000 orang awam telah kehilangan tempat tinggal.

Menteri Komunikasi Talal Hawat, dan Ghada Chreim – menteri pengganti – dalam pertemuan itu berkata pengunduran diri pemerintah adalah “tidak dapat dielakkan.”

Satu letupan kuat menggegarkan Pelabuhan Beirut pada Selasa setelah timbunan 2,750 tan metrik amonium nitrat yang disimpan di dalam gudang terbak4r.

Amonium nitrat adalah bahan kim1a yang sering digunakan untuk membuat bom dan dalam pembuatan baja. Keganasan telah dit0lak sebagai kemungkinan penyebab letvpan.

Letupan itu, yang menggegarkan Beirut ke pusat bandarnya, menghancvrkan bangunan-bangunan yang berdekatan sehingga beberapa kilometer, terjadi ketika Lubnan sedang berhadapan krisis kewangan yang tervk dan pandemik COVID-19.

Penunjuk perasaan telah berhimpun di jalanan dengan demonstrasi antikerajaan yang g4nas selama dua hari terakhir, menyerbv bangunan rasmi dan bertempvr dengan polis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Anggota Kabinet Lubnan Letak Jawatan Atas Des4kan Rakyat Selepas Letvpan Beirut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*