“Oh anakku… apa dah jadi!!” – Selamba Aafiyah Main Tiktok Cuit Hati Ramai

Gelagat Siti Aafiyah iaitu anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sering sahaja mencuit hati dan mendapat perhatian umum. Mana tidaknya, satu-satunya puteri kepada penyanyi popular itu kini membesar dengan sangat comel.

Terdahulu, kelahiran Siti Aafiyah sememangnya mendapat perhatian luar biasa daripada peminat Datuk Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti. Malah, kini tidak kurangnya juga apabila Tokti turut ada berkongsikan momen anak kepada peminat dan pengikut.

Sedia maklum, Tokti yang mempunyai laman Instagram peribadinya kini sudah mencapai 7.8 juta followers sekali gus membuktikan betapa ramai peminat penyanyi tersebut.

Biarpun begitu, selain aktif berkongsikan perkembangan kerjaya ternyata peminat dan pengikut Tokti juga dapat melihat gelagat comel Siti Aafiyah menerusi Instagram.

Terbaru juga, video Aafiyah yang melakukan aksi popular menerusi aplikasi Tiktok iaitu seseorang menari sambil menurunkan kaca mata yang dipakai lalu menerima pelbagai reaksi yang geram akan kecomelannya.

Ternyata, Tokti menerusi ruangan kapsyen juga sempat berseloroh mengenai gelagat Aafiyah selain posting ini meraih ribuan tontonan dalam masa yang sekejap.

“Oh anakku… apa dah jadi!! Kakak kakak punya kerja lah ni…”

 

View this post on Instagram

 

Oh anakku… apa dah jadi !! 😅😅😅 kakak kakak punya kerja lah ni!! @dayahzubit @ezasyzani_

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menerusi perkongsian tersebut, diruangan komen lebih seribu reaksi ditinggalkan apabila rakan selebriti tanah air juga geram melihat aksi comel anak Tokti ini.

“Eiii comel hahaha”

“Hahahaha struggle nak turunkan…”

“Alahai Aafiyah… gigih nak jatuhkan…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram ctdk

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Oh anakku… apa dah jadi!!” – Selamba Aafiyah Main Tiktok Cuit Hati Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*