“Mak tambah satu lagi kerja..” – Jual Milo Di Sekolah-Sekolah, Profesion Dan ‘Background’ Ibu Tunggal Ini Bukan Calang-Calang

Sebelum impak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ramai sudah mula membuat dua kerja dalam satu masa.

Jika pagi bekerja secara tetap, mungkin petang atau sebelah malam ada yang melakukan kerja sampingan mahupun berniaga demi kelangsungan hidup.

Begitu juga dengan seorang penjual minuman di sekolah-sekolah di sekitar Subang Jaya, Selangor yang tular di media sosial, yang mana individu itu juga merupakan seorang guru.

Salah seorang anaknya yang mahu dikenali sebagai Aminah Farid berkata, ibunya, Shafinaz Melisa mempunyai pengalaman dalam bidang perguruan selama 15 tahun.

Shafinaz Melisa menjual minuman selepas bekerja sebagai guru kanak-kanak pra-sekolah.

Jelasnya, ibunya yang berusia 53 tahun itu kini merupakan guru bagi kanak-kanak pra-sekolah di sebuah institusi pendidikan swasta di Subang Jaya dan turut berpengalaman dalam memberi bimbingan kepada kanak-kanak autisme.

“Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi, mak saya telah melakukan dua kerja pada satu masa kerana gaji bersihnya sebagai guru masih rendah iaitu RM1,200.

“Mak membuat keputusan untuk berniaga air Milo sejak dua tahun lalu kerana mahu mencari lebih pendapatan, berikutan kos sara hidup di bandar adalah lebih tinggi,” ujar wanita berusia 23 tahun itu.

Aminah (kanan) sewaktu membantu ibunya berniaga selepas tamat pengajian tinggi.

Aminah berkata, ibunya yang menjadi guru di sebuah sekolah swasta mengendalikan home schooling atau sekolah di rumah melibatkan kanak-kanak berusia antara tiga dan enam tahun, sejak tiga tahun lalu.

“Mak mengajar seawal pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi. Mak kemudian akan bergegas membuat persiapan untuk menjual minuman di luar kawasan sekolah pada 12.50 tengah hari.

“Memang mencabar buat mak sebab bekas air tu bukannya ringan. Semua dia pasang sendiri. Itu belum lagi nak handle budak-budak yang datang gerai nak beli air,” ujarnya yang berasal dari Subang Jaya.

Ibu Aminah (berdiri, kanan) bersama sebahagian anak dan cucunya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ketabahan dan kekuatan ibunya mengharung1 cab4ran sebagai ibu tunggal dalam membesarkan mereka adik-beradik begitu dikagumi.

“Saya pernah bantu mak berniaga selama tiga bulan selepas tamat pengajian tinggi. Walaupun mak sudah berusia, dia mampu buat kerja-kerja yang bukan semua orang muda mampu lakukan.

Saya tak malu dengan apa yang mak lakukan, sebaliknya amat bangga. Harap beri inspirasi kepada ibu-ibu tunggal lain.

AMINAH FARID

“Itu belum lagi cuaca panas dan hujan. Kalau panas, memang berpeluh-peluh mak berniaga. Pernah satu masa angin kuat sampai terbang payung gerai mak. Mujur mak berjaya dapatkan semula payung tu.

“Tapi yang paling kasihan, mak pernah cerita… baru je selesai pasang gerai, tiba-tiba hujan lebat. Memang dug4an buat mak sebab mak jual air sejuk, mana ada murid-murid datang gerai nak beli air masa hujan apatah lagi minuman yang dijual adalah air sejuk,” tambahnya.

Aminah (kiri) kagum dengan ketabahan ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Bagaimanapun kata Aminah, ibunya yang mempunyai 10 cucu tidak terkecuali terkes4n dengan PKP ak1bat pandemik C0vid-19 sehingga terpaksa melakukan kerja lain.

“Masa PKP memang terjejas pendapatan mak sebab dia seorang guru dan sekolah pun tutup waktu tu jadi mak tak jual air. Mujur juga mak boleh buat kelas secara online.

“Mak kemudian tambah satu lagi kerja, dia buat dan jual kek mengikut tempahan pelanggan. Sekarang ni sekolah kembali dibuka, mak boleh jual air semula dan bisnes kek masih diteruskan.

“Saya tak malu dengan apa yang mak lakukan, sebaliknya amat bangga. Saya berharap apa yang mak buat ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu tunggal bahawa mereka juga mampu buktikan mereka boleh selagi ada usaha dan keyakinan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Mak tambah satu lagi kerja..” – Jual Milo Di Sekolah-Sekolah, Profesion Dan ‘Background’ Ibu Tunggal Ini Bukan Calang-Calang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*