Pengantin Sri Langka Rai Perkahwinan Dengan Beri Gelandangan Makan

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang menyatukan antara 2 hati. Sudah tentu pasangan mempelai mahu meraikan hari istimewa mereka dengan satu majis penuh bermakna yang boleh dikenang sehingga ke akhir usia.

Oleh sebab itu, satu pasangan dari Sri Lanka telah mengabdikan momen perkahwinan mereka dengan berkongsi rezeki kepada golongan memerlukan apabila menghulurkan makanan kepada para gelandangan dengan masih berpakaian pengantin.

Hulur makanan dengan berbaju pengantin

Perkongsian yang dibuat oleh Dishan Thilakshana itu telah menarik perhatian warganet kerana berjalan bersama isteri sambil membawa berkotak-kotak piza dan air minuman buat mereka yang tinggal di tepi jalan.

Ramah menyapa gelandangan

Dapat dilihat dengan jelas pasangan ini menyantuni mereka yang duduk ditepi jalan sambil beramah mesra disamping bertanya khabar serta memberikan makanan.

Tindakan mereka ini nyata telah menarik perhatian warganet dan membuatkan mereka meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Facebooknya.

Rata-rata mereka memuji tindakan mulia Dishan Thilakshana dan isteri kerana berkongsi hari bahagia mereka dengan membuat orang lain gembira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Dishan Thilakshana

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Pengantin Sri Langka Rai Perkahwinan Dengan Beri Gelandangan Makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*