Penduduk Napoh Tuntut Ganti Rugi, Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Dis4man 1 Juta

Selepas dikenakan hukvman penj4ra lima bulan dan dend4 RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu bakal menghadapi tuntutan sam4n pula oleh peniaga dan pekerja di kawasan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff yang mewakili peniaga dan pekerja berkenaan yang mahu menuntut ganti rugi selepas pendapatan mereka terjejas ekoran penularan kluster Sivagangga.

“Setakat ini seramai 100 peniaga terdiri daripada pengusaha kedai runcit, kedai makan peniaga pasar malam dan pekerja yang bergaji harian di sekitar Napoh atau kedai Nasi Kandar Salleh membuat aduan kepada kita dan mahu menuntut ganti rugi selepas pendapatan mereka terjejas.

“Sebelum ini (sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan) pendapatan mereka sudah terjej4s lebih dua bulan dan sekarang terjejas semula susulan TEMCO (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar) yang disebabkan oleh pemilik kedai nasi kandar itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketika ini CAKE sedang mengumpul maklumat kerugian yang dihadapi peniaga dan pekerja bergaji hari di kawasan itu dan akan mengemukakan semua maklumat berkenaan kepada peguam.

Menurut Mohamad Yusrizal, CAKE telah melantik seorang peguam yang bersedia menawarkan khidmatnya secara percuma dan tuntutan itu dijangka difailkan di mahkamah, di sini, minggu depan.

“Kita harap tindakan kita ini akan memberi pengajaran kepada semua orang supaya tidak sewenang-wenangnya melangg4r prosedur operasi standard yang telah ditetapkan kerajaan sehingga menyebabkan v1rus COVID-19 merebak,” katanya.

Semalam, pemilik kedai makan itu Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, dikenakan hukum4n penj4ra lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lepas sehingga mencetvskan kluster Sivagangga.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat kawasan iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap susulan penularan kes COVID-19 yang berpvnca daripada kluster berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: borakdaily

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Penduduk Napoh Tuntut Ganti Rugi, Tauke Nasi Kandar Salleh Bakal Dis4man 1 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*