[VIDEO] Jatuh Air Mata Jantan! Budak Lelaki Ini Pun Meravng Tonton 7 Hari Mencintaiku

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 hampir sampai ke penghujungnya. Drama arahan Jamal Khan ini telah mendapat sambutan luar biasa dari penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna Facebook Farah Aien menyaksikan reaksi anak saudaranya kelihatan mudah tersentuh dengan babak sedih yang dipaparkan dalam drama tersebut. Jatuh air mata jantan tu!

Hati tisu betul…

Perkongsian video ini di laman Facebook Farah Aien telah mendapat lebih 4.7ribu tanda kongsi dan 106ribu tontonan umum. Petikan video ini menyaksikan tindakan dan reaksi mer4ung seorang kanak-kanak lelaki yang mudah tersentuh dengan babak sedih dalam drama itu.

Drama pada episod 31 itu menceritakan konflik perkahwinan watak Khuzairi yang tetap degil untuk berkahwin dengan Nurul meskipun telah dirayu oleh ibunya, Mak Leha. Sebelum ini, Mak Leha bertegas untuk mengahwini Khuzairi bersama Nurul atas niat untuk membalas dend4m kepada Yati iaitu ibu Mia Adriana. Sehinggakan dia benc1kan Mia, menantunya sendiri.

Babak pada episod 31 itu menjadi semakin beremosi dan sedih apabila keputusan pernikahan yang diaturkan itu terletak pada tangan Khuzairi. Isterinya, Mia juga nekad untuk berjauhan setelah majlis bernikahan Khuzairi dan Nurul selesai nanti.

Highlight episod 31

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan berakhir menemui penonton pada episod 33. Apakah kesudahan hubungan antara Khuzairi dan Mia Adriana? Nantikan episod terakhir dengan menonton secara atas talian secara live di Tonton atau iQiYi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Farah Aien

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Jatuh Air Mata Jantan! Budak Lelaki Ini Pun Meravng Tonton 7 Hari Mencintaiku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*