Wanita Jerit “I Love You”, Undang Rasa Malu Remaja Perempuan Berkenaan

Kasih sayang untuk anak boleh dinyatakan dalam pelbagai cara supaya mereka merasa disayangi oleh kedua ibu bapa. Selain daripada menunjukkan kasih sayang melalui barang-barang kesukaan, ibu bapa juga perlu memenuhi keperluan psikologi anak-anak dari segi sentuhan fizikal dan meluahkan kasih sayang melalui kata-kata sebagai contoh, I love you.

Pasti ramai di antara kita yang mempunyai ibu bapa dimana memiliki sifat selamba dalam meluahkan rasa kasih sayang tersebut tanpa mengira tempat dan waktu. Kadangkala gelagat mereka itu juga boleh menimbulkan perhatian orang ramai jika mereka berlakuan dikhalayak ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video dimana terdapat seorang wanita yang dikenali sebagai @OwToTheZie menghantar remaja perempuan ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta. Menerusi video yang dimuat naik itu, remaja yang beruniform lengkap berwarna biru tersebut telah menuruni kereta berkenaan sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah.

Namun apa yang lebih melucukan apabila wanita berkenaan secara tiba-tiba menjerit nama remaja tersebut sambil mengucapkan rasa sayangnya kepada pelajar sekolah terbabit. “Bye Malisa. Goodluck. I love you…” kata wanita itu dengan nada yang agak kuat sehingga didengari oleh rakan-rakan sekolah remaja terbabit.

Ternyata, video yang berdurasi 10 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 14.7 ribu tontonan oleh warga netizen selain daripada menerima 768 ulang kicau dan komen di ruangan Twitter wanita berkenaan. Rata-rata warganet terhibur melihat gelagat @OwToTheZie di samping ada yang memuji wanita itu seorang yang kelakar.

“Laki kita perangai macam ni…”

“Kelakar lah”.

“Tak sabar nak hantar anak pi sekolah…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Wanita Jerit “I Love You”, Undang Rasa Malu Remaja Perempuan Berkenaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*