Lembu atau nama saintifiknya iaitu Bos Taurus merupakan antara haiwan yang sering dijadikan sebagai binatang ternakan kerana mempunyai pelbagai kelebihan.
Antaranya ialah seperti susu, daging dan hasil tenusu yang lain boleh didapati melalui haiwan ini maka tidak hairanlah mengapa ia sering dijadikan sebagai binatang ternakan atas tujuan aktiviti perniagaan.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita iaitu @Bebelley dimana terdapat sekawanan lembu yang sedang bermain air.
Amboi bukan main kau ehhhh 😂😂 pic.twitter.com/2pEXmcw3WL
— Perempuan Arab (@Bebelleyy) August 13, 2020
“Amboi bukan main kau ehhhh”, katanya menerusi Tweet terbabit. Gelagat sekawanan haiwan tersebut menjadi perhatian apabila ia kelihatan sedang berseronok mandi-manda di kawasan lorong berkenaan.
Apa yang lebih melucukan apabila terdapat salah seek0r daripada lembu berkenaan yang melompat dengan bersungguh-sungguh sebelum ia terjun ke dalam lorong tersebut.
Ternyata, rata-rata warga netizen lebih memberi fokus kepada lembu yang berwarna coklat muda itu kerana bertindak seperti di dalam video berkenaan.
Posting tersebut telah meraih tumpuan ramai terutamanya warga netizen di laman tersebut sehingga video berkenaan menerima sebanyak 228 ribu tontonan umum selain daripada memperoleh sebanyak 12.6 ribu ulang kicau dan komen berserta 11.3 ribu tanda suka menerusi laman Twitter milik wanita terbabit.
“Ingatkan kucing oren je yang selalu buat hal…”
“Tak menyabor nyabor kawan tu tak lepas…”
“Ini dinamakan hari terbahagia bagi…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis
Sumber: Twitter
PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "“Amboi bukan main kau eh..” – Lembu Berseronok Main Air"