“Sejak Dua Tahun Lalu Saya Tak Pvtus Doa Jadi Insan Lebih Baik”

Benarlah bahawa Hidayah itu milik Allah. Siapa sangka pelakon dan penyanyi Kilafairy yang sangat sinonim dengan imej seksi mampu berubah dalam sekelip mata apabila tampil berhijab

Kilafairy berkata hidayah yang diterima merupakan hadiah yang tidak boleh ditukar ganti. Bagaimanapun, Kilafairy enggan bercerita mengenai petunjuk yang diterima dan hanya berkongsi dengan insan rapat.

“Saya selesa tidak bercerita mengenai petunjuk yang diterima hingga mengubah dimensi diri dan kehidupan.

“Jujurnya, saya tak pvtus berdoa mahu menjadi insan lebih baik dalam setiap sujud sejak dua tahun lalu. Doa saya, jika benar berikanlah saya petunjuk.

“Alhamdulillah, detik itu datang bagai rahmat yang tidak terduga. Jadi, kita harus terus berdoa memohon hajat hati. Jangan mengalah, berhenti dan penat memanjangkan doa. Doa sangat mustajab dan berkuasa. Ia senj4ta orang Islam,” katanya.

Diberi peluang untuk berhijrah ke arah lebih baik pada usia muda, Kilafairy bersyukur saat beroleh hidayah. Malah, dia akui tenang saat keluar rumah dengan memakai hijab.

“Saya percaya soal cepat atau lambat pasti wujud dalam sesuatu perkara. Ia termasuklah fasa yang saya lalui hari ini.

“Papa pula selalu bertanya apa yang dirasai selepas saya bertudung dan keluar rumah. Saya balas hanya satu jawapan iaitu lega. Benar, ketenangan yang diperoleh tidak boleh dijual beli,” katanya.

Dalam pada itu, Kilafairy berkata keputusannya untuk berhijab itu adalah untuk membahagiakan membahagiakan ibu bapanya. Malah, ibu bapanya sangat gembira dengan penghijrahannya itu.

“Inilah momen paling bahagia apabila dapat membahagiakan hati ibu bapa. Doa mereka akhirnya dimakbulkan.

“Sekarang, ibu bapa sudah tidak takvt mahu meninggalkan saya seorang diri. Malah, saya juga ada beberapa perkara yang ingin lakukan dalam hidup.

“Ia seperti satu matlamat dalam mengimbangi kehidupan. Cuma, belum masanya saya berkongsi. Saya berdoa apa yang dihajati dipermudahkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Sejak Dua Tahun Lalu Saya Tak Pvtus Doa Jadi Insan Lebih Baik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*