“Soal Bermadu, Biarlah Kami Saja Yang Tahu”

Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga pada 26 Julai lalu, sudah ada cerita tak sedap didengar apabila timbul dakw4an pelakon Miera Leyana dikatakan hidup berm4du.

Malah, Miera bernikah dengan jejaka pilihan hati Rosland Othman, 47 tahun yang merupakan seorang usahawan dikatakan sudah berkahwin dan memiliki tujuh anak perempuan. Difahamkan, segala dakw4an itu didedahkan menerusi satu video di YouTube yang kini tular.

Tidak menafikan mahupun mengiyakan bergelar isteri kedua, Miera berkata sesiapa sahaja boleh membuat andaian tersebut. Ujarnya, dia dan suami hidup bahagia dan dia percaya bahawa hal jodoh itu adalah rahsia Allah.

“Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekul4si negat1f pada sebuah masjid yang baru dibina?

“Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungka1 dan d1duga. Begitu juga 1katan perkahwinan saya dengan suami.

“Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak mengan1ayai hidup sesiapa dan spekul4si ini dicetvskan orang luar,” katanya.

Menurut Miera lagi dia tidak takut kerana mereka tidak melakukan perkara yang salah di sisi agama dan perkahwinan mereka direstui keluarga. Ujarnya, dia melakukan perkara yang salah, mereka boleh sahaja berkahwin di luar negara.

“Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga.

“Kami tidak sorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan.

“Jika mahu membohongi sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, Miera dan Rosland bernikah pada 26 Julai lalu dalam majlis mewah dan meriah yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Soal Bermadu, Biarlah Kami Saja Yang Tahu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*