“Semua Lelaki Inginkan Wanita Seperti Wan Sharmila”

Dilihat serasi bergandingan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, ramai peminat mahu melihat Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila bercinta di dunia realiti.

Akui hubungan mereka kini masih sebagai seorang kawan, bagaimanapun Syazwan berkata dia tidak men0lak sekiranya berjodohan dengan Wan Sharmila. Ujarnya, ramai lelaki inginkan wanita seperti Wan Sharmila.

“Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala. Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak t0lak apa yang Allah dah tentukan.

“Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala. Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Syazwan berkata dia merima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama. Katanya lagi, dia sudah lama mengenali Wan Sharmila dan merupakan wanita yang lemah lembut.

“Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama. Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.

“Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Semua Lelaki Inginkan Wanita Seperti Wan Sharmila”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*