[VIDEO] ‘Penyanyi Latar Paling Win..’ – Parodi Drama 7 Hari Mencintaiku Bikin Pec4h Pervt, Rare Habis!

Berbaki satu episod sahaja sebelum 7 Hari Mencintaiku 2 melabuhkan tirai, mesti masih ramai yang tertanya-tanya apakah pengakhiran drama popular ini? Bukan itu sahaja, kebanyakan penonton drama ini turut tampil dengan idea kreatif dengan membuat parodi sedutan episod 32.

Babak 7 Hari Mencintaiku

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nana Yana memaparkan babak ketika Khuzairi ingin melafaz akad ketika melangsungkan pernikahan dengan Nurul Ain. Ketika ingin bersalaman dengan tok kadi, Khuzairi secara tiba-tiba telah meninggikan suara dengan menghalau Mia Adriana keluar dari rumah.

Babak yang dilakonkan semula oleh mereka sangat kena dengan episod tersebut. Mereka turut menjiwai watak-watak utama dengan ekspresi muka yang sangat mantap. Lebih menarik perhatian, siap tampil seorang ‘penyanyi’ live yang mendendangkan lagu tema lagi!

‘Sak1t pervt gelak’

Video berdurasi 1:09 saat itu telah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata daripada netizen memuji idea kreatif dan bakat yang ditampilkan oleh mereka dalam pembikinan video parodi itu. Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa terhibur dengan lakonan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Nana Yana

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Penyanyi Latar Paling Win..’ – Parodi Drama 7 Hari Mencintaiku Bikin Pec4h Pervt, Rare Habis!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*