Foto Pengantin Lelaki Dukung Ibu Di Akad Nikah, Buat Ramai Sebak

Dua insan di dunia ini yang tiada galang gantinya, adalah ibu yang melahirkan kita ke dunia, kerana itulah syurga di bawah tapak kaki seorang insan bergelar ibu.

Terbaru, tular beberapa keping foto pernikahan menerusi Facebook jurufoto, Seniman Visual, memaparkan nilai kasih sayang seorang anak dan pengorbanan ibu yang mahu melihat kebahagiaan zuriatnya.

Pengantin lelaki dukung ibu

Antara foto yang menyentuh hati, apabila pengantin lelaki mendukung ibunya yang sudah tidak mampu berjalan memasuki ruangan sebuah masjid, dimana majlis pernikahan diadakan.

Menurut jurufoto tersebut, majlis pernikahan itu adalah antara momen yang paling sebak pernah mereka ambil, apabila melihat begitu besarnya peng0rbanan seorang ibu.

Saksikan hari bahagia anak2

Menyaksikan hari bahagia anak-anak adalah impian buat setiap ibu bapa, begitu juga dengan ibu ini. Meskipun dalam keadaan uzvr, namun demi anak-anak, dia menggagahkan diri untuk hadir melihat sendiri anak lelakinya bergelar seorang suami.

Dapat diperhatikan menerusi foto yang dikongsi, suasana sekitar pernikahan menjadi sayu apabila kesemuanya tidak dapat menahan sebak melihat nilai kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, dimana pun kita berada atau sejauh mana telah pergi, janganlah sesekali kita lupa untuk terus menyalur bakti buat kedua orang tua kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Seniman Visual

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Foto Pengantin Lelaki Dukung Ibu Di Akad Nikah, Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*