“Penat memang penat” – Dari Awan Biru Ke Gerai Sate, Shazam Bukan Cal4ng-Cal4ng ‘Adiwira’

Shazam! Bagaimanapun, Shazam ini bukanlah adiwira daripada filem terbitan New Line Cinema dan karakter DC Comics yang terkenal.

Sebaliknya, Shazam yang satu ini sebenarnya gabungan nama singkatan dua jejaka, Shazaly dan Adam yang berjinak-jinak dengan perniagaan menjual sate.

Siapa sangka kedua-dua pengusaha gerai sate ini berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang penerbangan, namun reda dengan ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19.

Beroperasi di tepi jalan di Putra Heights di Subang Jaya, Selangor, seorang bekas juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan dan seorang bekas jurutera di sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Dhaka, Bangladesh ini bangkit selepas kedua-duanya diberhentikan kerja.

(kiri) Baju Shazam yang sinonim dengan filem adiwira Shazam. (kanan) Membakar sate di tepi jalan.

Kapten Muhammad Shazaly Ahmad Zayadi, 32, berkata, dia diberhentikan kerja pada Jun lalu dan ia benar-benar memberi tamparan hebat buat dirinya.

“Beberapa hari selepas diberhentikan kerja memang buat saya down. Dari ada income kepada zero, sedangkan saya ada komitmen untuk menyara keluarga.

“Tapi saya amat bersyukur kerana ada keluarga terutama isteri yang banyak memberi sokongan kepada saya untuk melangkah ke hadapan,” katanya.

Shazam menjual sate ayam dan daging.

Muhammad Shazaly yang berpengalaman sebagai juruterbang selama 10 tahun berkata, sokongan keluarga memberikannya semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Selepas seminggu diberhentikan, saya fikir perlu lakukan sesuatu untuk mendapatkan sumber pendapatan. Saya dapat idea untuk memulakan bisnes sate.

“Kenapa sate? Sebab ia adalah bisnes makanan yang mana semua orang makan dan sate dimakan oleh pelbagai lapisan,” ujarnya yang berasal dari Subang, Selangor.

Dengan modal serendah RM3,000 termasuk kos peralatan, dia memulakan operasi bersama adik iparnya, Adam atau nama sebenarnya Adam Zafran George Abdullah, 31 yang berpengalaman dalam industri penerbangan selama lebih enam tahun.

Shazaly (kiri) dan Adam mengusahakan bisnes sate setelah kehilangan pekerjaan.

Bermula 300 hingga 400 cucuk sate sehari, kini perniagaan yang beroperasi selama enam hari seminggu kecuali Isnin itu meningkat kepada purata 700 hingga 1,000 cucuk sehari.

“Saya akui berniaga sate ini amat penat, belum lagi faktor cuaca. Kalau dulu saya mengutamakan on time performance (OTP) apabila membawa pesawat, tapi jual sate ni saya mendahului kawalan kualiti (QC) demi memenuhi kehendak dan selera pelanggan.

Kalau dulu saya mengutamakan on time performance (OTP) apabila membawa pesawat, tapi jual sate ni saya mendahului kawalan kualiti (QC) demi memenuhi kehendak dan selera pelanggan

KAPTEN MUHAMMAD SHAZALY

“Ada pelanggan nak sate bakar lebih sikit, nak rentung ada yang mahu biasa-biasa. Ada juga minta kuah lebih dan macam-macam lagi. Persamaannya kedua-duanya adalah keselamatan.

“Sebagaimana saya memastikan penerbangan dan penumpang dan anak kapal selamat, saya juga perlu memastikan sate yang dijual itu selamat untuk dimakan pelanggan,” katanya sambil menambah turut menyediakan perkhidmatan katering dan servis di majlis-majlis.

Gerai dikunjungi para pelanggan.

Menurut Muhammad Shazaly, dia bersyukur kerana perniagaan sate yang diusahakannya bersama Adam memberikan keuntungan meskipun masih baharu dalam industri.

Dia yang membuat dua kerja iaitu perunding hartanah di sebelah siang dan penjual sate pada waktu malam mengajarnya erti kesabaran yang tinggi.

“Apa yang saya lakukan kini merupakan satu dunia baharu secara menyeluruh. Penat memang penat tapi saya melangkah ke hadapan, malah merancang untuk mengembangkan bisnes sate pada masa akan datang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Penat memang penat” – Dari Awan Biru Ke Gerai Sate, Shazam Bukan Cal4ng-Cal4ng ‘Adiwira’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*