Tulis Nama ‘Al-Sultan Abdullah’ Sampai Terbentuk Tulis Nama ‘Al-Sultan Abdullah’ Sampai Terbentuk Potret Agong

Sebuah lukisan mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dihasilkan dengan menggunakan seni kaligrafi.

Karya seni tersebut dihasilkan oleh seorang pelukis kaligrafi dikenali sebagai Mohd Shah Tumin sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menurut lelaki berusia 36 tahun itu, mural berkenaan mengambil masa selama beberapa hari untuk disiapkan dengan menulis nama ‘Al-Sultan Abdullah’ sehingga membentuk wajah baginda pada dinding rumahnya.

Berkongsi di sebalik tabir penghasilan mural tersebut di saluran Youtube miliknya, dia yang mula melakar potret sejak tiga tahun lalu itu mengakui cab4ran dihadapi demi sebuah karya yang luar biasa.

“Cabaran utama saya selain tulisan tu halus, dinding juga menggerutu. Memang sukar untuk menulis tapi anggap ini cabaran, jadi kita teruskan.
“Buat mural kena sabar ye, dengan ‘outdoor’ dan kena fokus lagi. Jadi hargailah pelukis mural anda,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Tinjauan pada ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji kehebatan karya seni yang dihasilkan selain dapat memartabatkan tulisan jawi sebagai sebuah seni yang indah.

Tonton video penuh :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Shah Tumin

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tulis Nama ‘Al-Sultan Abdullah’ Sampai Terbentuk Tulis Nama ‘Al-Sultan Abdullah’ Sampai Terbentuk Potret Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*