Video Sufian Dan Elizabeth Tan ‘Bersemut’ Jadi Perhatian Peminat

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan kedua-dua penyanyi ini, Elizabeth Tan dan Sufian Suhaimi dimana masing-masing memiliki peminat tersendiri. Tampil dengan pelbagai lagu-lagu menarik, Elizabeth Tan mahupun Sufian semakin mendapat perhatian dalam industri muzik tanah air.

 

View this post on Instagram

 

Shh 🤫

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on


Biarpun begitu, ternyata, selepas peminat dapat melihat gelagat kedua-dua penyanyi ini dalam rancangan Trek Selebriti dalam segmen prank, tidak disangka-sangka peminat dapat menyaksikan pula kehadiran mereka dalam satu rancangan di kaca televisyen.

Sebelum ini, gelagat ‘sweet’ Sufian apabila melakukan prank terhadap Elizabeth Tan mendapat perhatian peminat mereka.


Walau bagaimanapun, terbaru pula perkongsian pengacara Alif Farhan ini meraih ribuan tontonan pula apabila Sufian Suhaimi bersama Elizabeth Tan menjadi tetamu jemputan bagi rancangan Kennot Brain yang bakal ditayangkan pada malam ini.

Untuk info, selain rancangan Trek Selebriti, Alif Farhan juga merupakan pengacara bagi rancangan Kennot Brain yang bersiaran pada setiap Selasa jam 10 malam menerusi Astro Warna disamping dihoskan bersama pelakon dan pengacara, Ain Edruce.

Dalam perkongsian Alif Farhan di Instagram ternyata mencuit hati peminat dan pengikutnya lagi apabila dia memuat naik video teaser rancangan berkenaan dimana Sufian sempat memberikan pickup line bersemut terhadap penyanyi lagu Knock Knock ini.


Lebih membuatkan netizen cair juga apabila melihat gelagat kedua-dua penyanyi itu dan untuk menyaksikan rancangan penuh mereka sebagai tetamu jemputan pula boleh disaksikan di Astro Warna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram aliffarhan_jr

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Video Sufian Dan Elizabeth Tan ‘Bersemut’ Jadi Perhatian Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*