Tul4r Video “Ayah Saya Masak Ketum”, Netizen Sokong Guru Diambil Tindakan

Sejak malam tadi, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang murid perempuan di dalam kelas menjawab soalan gurunya mengenai bapa masak apa di rumah.

Tidak dinafikan budak kecil memang sinonim dengan sifat jujur, termasuk murid tersebut yang menjawab “air ketum” sebelum diketawakan oleh rakan sekelas.

Rakaman berdurasi 15 saat itu mendapat perhatian pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menyifatkan tindakan tersebut adalah satu bentuk pembul1an.

“Mana etika anda sebagai seorang guru? Tak fikir ke kesan jangka pendek dan panjang kepada anak ini?
“Kawan budak ini akan mengata. Ejek setiap hari. Pembulian berlaku, lagi dan lagi. Netizen lagilah, macam-macam komen dah ada.
“Fikirlah panjang sikit. Anda seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid!,” tulisnya di laman Facebook.

Beliau juga berharap agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru terbabit yang didakwa merakam video tersebut sehingga menjadi tular.

Warganet turut memberikan pelbagai reaksi dimana rata-ratanya turut kecewa dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan tiada etika dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Memang nak aibkan murid ke?

Patut diambil tindakan!

Kalau saya bapa murid tu, saman terus!

Kesian budak tak tahu apa2…

Ingat lawak ke? Tiada etika!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tul4r Video “Ayah Saya Masak Ketum”, Netizen Sokong Guru Diambil Tindakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*