“Apabila sampai di kuburr, semua urusan dah selesai..” – Aman Aziz Terkil4n Tak Dapat Angkat Ker4nda Bapa Ke Li4ng Lah4d

SELEPAS seminggu kehilangan bapa tersayang, penyanyi Aman Aziz mengakui terkilan apabila tidak dapat memenuhi hajat terakhir arw4h yang mahu anak-anak lelakinya untuk menguruskan jen4zahnya.

Kata Aman atau nama sebenar Mohammad Razman Abdul Aziz, 27, dia tidak berkesempatan untuk membantu menguruskan proses pengebum1an bapanya iaitu Abdul Aziz Abdullah kerana menemani ibunya di rumah.

“Kakak saya sempat teman ayah di hospital. Ayah cakap dia nak keempat-empat anak lelakinya untuk mandikan jen4zah ayah dan turunkan ayah ke l1ang lah4d.

“Tapi saya tak sempat buat semua tu sebab saya tunggu ibu di rumah masa tu. Salah saya juga sebab tak tahu yang ibu tak boleh keluar rumah disebabkan kerana dalam edah.

Kalau boleh dia nak beritahu satu kampung yang saya ni seorang penyanyi.

AMAN AZIZ

PENYANYI

“Apabila saya sampai di kubvr, semua urusan dah selesai. Semua benda berlaku dengan cepat. Saya tak sempat tengok ayah untuk kali terakhir,” katanya.

Sementara itu penyanyi lagu Sulit yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik itu berkata Allahyarham bapanya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya menjaga solat.

Malah, Aman berkata arwah bapa bangga dengan kejayaannya sebagai seorang penyanyi dan sentiasa memberi sokongan penuh.

“Arw4h ayah selalu ingatkan anak-anaknya supaya sentiasa jaga solat.

Aman (hadapan, kiri) bersama keluarganya.

“Ayah sokong saya menjadi penyanyi. Kalau boleh dia nak beritahu satu kampung yang saya ni seorang penyanyi.

Sebelum ini, Aman berkongsi berita pemergian bapanya di Instagram miliknya.

Bapa Aman, Abdul Aziz Abdullah meningg4l dunia pada usia 67 tahun di Hospital Besar Melaka akibat sak1t jantvng pada pukul 11.30 malam 14 Ogos lalu.

Allahyarham disemadikan pada pagi 15 Ogos lalu di Tanah Perkubvran Setulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Apabila sampai di kuburr, semua urusan dah selesai..” – Aman Aziz Terkil4n Tak Dapat Angkat Ker4nda Bapa Ke Li4ng Lah4d"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*