“Hahaha Gaya Dah Ada” – Aksi Sherry Alhadad Cuba Buat Gimnastik Buat Ramai Terhibur

Sebut sahaja nama Sherry Alhadad, pasti terbayang-bayang akan gelagatnya yang sering membuatkan orang lain terhibur. Ada sahaja idea darinya yang mampu memberikan rakan-rakan dan orang sekelilingnya tertawa.

Terbaru, Sherry Alhadad cuba buat gimnastik dalam satu video yang dikongsikannya telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video tersebut kedengaran suara memperkenalkan Sherry Alhadad sebagai wakil atlet Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

My coach for today @farahann94 ❤️ #TheSherryShow

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Sherry Alhadad memasuki gelanggang dengan penuh gaya seolah seperti atlet sebenar. Memang menjadi betullah lagak selebriti seorang ini!

Namun dipertengahan rakaman itu kelihatan Sherry Alhadad hanya berjalan meniti titian kecil sebelum melompat ‘comel’ ke bawah yang jaraknya hanya beberapa jengkal sahaja. Tapi gayanya tetap seperti ahli gimnastik sebenar!

Berikut adalah video aksi Sherry Alhadad cuba buat gimnastik yang dimuat naik olehnya sebentar tadi:

 

View this post on Instagram

 

Tak pernah terlambat nak capai cita cita ❤️

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Video pendek tersebut yang dikongsikan menerusi laman Instagram Sherry Alhadad telah meraih lebih 39 ribu tontonan dan lebih 10 ribu likes. Memang buat hal betullah selebriti wanita seorang ini!

Apa-apa pun warganet dan rakan selebriti terhibur menyaksikan aksi Sherry Alhadad ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Sherry Alhadad ending tu paling epic!!”

“Hahahaha gaya tu dah ada ny4h”

“Tak pernah tak kelakar”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram sherry_alhadad

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hahaha Gaya Dah Ada” – Aksi Sherry Alhadad Cuba Buat Gimnastik Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*