Mira Filzah Tampil Mohon Maaf Pakai Sari

Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang sering berkongsi video dan foto di media sosial. Bukan itu saja, dia juga gemar menggayakan pelbagai busana kebudayaan beserta assesori lengkap. Terbaru, penggayaan busana penuh sari lehenga yang dikenakan Mira Filzah ‘ditegvr’ individu bangsa India.

Teguran tersebut mendakwa Mira Filzah berbusana sari lehenga untuk mendapatkan keuntungan. Bagaimanapun, pelakon itu dilihat memohon maaf kepada individu tersebut di atas ‘tegvran’ yang diberikan.

Tidak niat mengasingkan budaya

Teguran yang disampaikan individu berbangsa India ini adalah tidak berniat untuk mengasingkan budaya. Tidak menjadi masalah untuk mana-mana individu mengayakan busana India selagi tidak menggunakannya bagi mendapatkan keuntungan sendiri.

‘Saya minta maaf’

Mira Filzah menerusi laman Twitter miliknya memberi respon terhadap tweet berkenaan dengan memohon maaf sekiranya dia telah melakukan kesal4han. Dia mengakui dibesarkan dengan filem dan lagu-lagu Bollywood dan meminati  sejak kecil lagi. Bukan itu sahaja, dia juga mampu untuk ingat semua lirik lagu Bollywood tanpa bantuan di internet.

Tambahan, dia juga mempunyai angan-angan untuk memakai kelengkapan busana penuh sari lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai.

Sejak dia ditawarkan penggambaran bagi produk kanta lekap, dia sudah terbayangkan sepasang mata Aishwarya Rai dan mencadangkan tema Bollywood sebagai konsep.

‘Saya sangat teruja dapat pakai set lehenga’

Bagaimanapun, dia sangat teruja dapat memakai busana lengkap lehenga beserta assesori untuk penggambaran tersebut. Tambahan, dia tidak berniat untuk mendapatkan keuntungan dari mempromosikan budaya India.

Mira Filzah sekali lagi memohon maaf sekiranya tindakan tersebut adalah salah. Dia menghormati dan mencintai budaya India.

Hormati dan cintai budaya kami

Setelah Mira Filzah memberi penjelasan mengenai pemilihan busana India dalam satu projek yang telah dijalankan, individu tersebut sekali lagi memberi respon terhadap kenyataan pelakon itu.

Individu ini bagaimanapun berterima kasih atas permohonan maaf dari Mira Filzah dan mengerti pelakon itu tidak mempunyai sebarang niat bvruk. Dia juga meminta maaf sekiranya tweet sebelum ini menimbulkan kebenc1an.

Malah, dia turut mencadangkan supaya mengambil beberapa orang model berbangsa India untuk projek yang akan datang dan mengetengahkan budaya India. Atau boleh mendapatkan busana dari kedai-kedai milik India.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Mira Filzah

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Mira Filzah Tampil Mohon Maaf Pakai Sari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*