Ikuti Tips Mudah Cara Jimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik

Tak dapat dinafikan bahawa, segala perkakas elektrik yang digunakan itu adalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian bagi setiap isi rumah. Tetapi diingatkan bahawa, jika tidak digunakan dengan bijak kesannya pasti akan merobek perbelanjaan bulanan korang.

Jom kita lihat tips mudah dan ringkas menjimatkan penggunaan elektrik, sekali gus boleh buatkan korang tersenyum setiap bulan.

1. Servis air cond rumah secara berkala

Pendingin hawa antara alatan yang perlu berada di setiap rumah terutamanya jika cuaca panas datang menyapa. Malangnya, ramai yang hanya tahu menggunakannya tanpa diselenggara sehingga bertahun lamanya.

Kalau nak tahu, perbuatan menukar dan membersihkan penapis air cond ini dapat memaksimumkan proses penyejukan sekali gus meningkatkan kecekapan alatan berkenaan.

2. Guna pendingin hawa dengan kapasiti yang sesuai

Disebabkan cuaca yang panas terik di Malaysia, ramai yang mengambil langkah untuk memasang aircond di rumah.

Namun, tak ramai yang sedar bahawa lebih baik jika sebuah pengdingin hawa dipilih berdasarkan saiz dan kapasiti yang tepat serta bersesuaian dengan saiz ruang. Ini adalah salah satu penyelesaian untuk mengoptimumkan penjimatan tenaga elektr1k.

Malah, bertambah efisyen lagi apabila korang melaraskan suhu pendingin hawa diantara 24-26 darjah celcius. Bahkan, jangan lupa untuk tutup semua pintu, tingkap dan lubang agar hawa dingin tidak keluar dari ruangan.

3. Kurangkan penggunaan perkakas pem4nas elektr1k

Ketuhar gelombang mikro, pemanas air dan pengering pakaian tidak dinafikan dapat memudahkan urusan seharian kita semua. Tetapi, penggunaan tenaga elektr1k untuk perkakas-perkakas ini adalah sangat tinggi tanpa disedari!

Jadi lepas ni, cuba gunakan cara konvensional. Contohnya,  kurangkan penggunaan pengering pakaian dan keringkan di luar terutamanya ketika cuaca p4nas.

Tak susah pun sebenarnya nak mengurangkan kos bil elektrik bulanan korang! Cuma perlu rajin mengamalkan langkah-langkah yang disarankan supaya dapat hasil yang diimpikan.

Selamat mencuba!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ikuti Tips Mudah Cara Jimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*